Puasa tapi makan? Camne tu? Terlupa ke buat2 terlupa? Empunya diri aje yg tau. Hehehe. Tapi kan faham2 aje la...musim tgh makanan raya banyak lagi, tlupa sebenarnya. =)
Memang la, buka sekolah lepas cuti raya ritu, peminum tetap di ruang dapur di BG SKEN takde, main bola utk PSKPP. Bila dia takde, yg lain pun jarang2 lepak minum kat situ, plus Cikgu Roslawati pula takde, pembawa bekal breakfast utk order diorang. Jadi, makanya dapur tak berasap la ari Isnin. Hari Selasa pula, rsnya kot2 ada org lain nk minum (Fini pun nk minum benarnya), Fini bancuhla air mcm biasa. Mcm Fini ckp, bila peminum setia takde, kwn2 nya pun takde, mmg takde org lepak di ruang tu. Ada la lebihan air. Hari Rabu tu pula kan cuti...Pahang je la sbb Hari Keputeraan Sultan Pahang. Hari Khamis tu pula kami dikejutkan oleh jeritan seseorang (syhh..rahsia siapa...tp bukan Fini). Fini ingatkan kot ada katak or ular kat ruang dapur tu. Huhuhu, org yg jerit tu sampai sudah jerit kegeliannya, Fini tgok sendiri...hehehe...rupanya cicak. Besarnya bukan main, ye la binatang kat SKEN ni sume besar, area hutan kan. Selama rini nmpak tahi cicak yg besar je, cicaknya tak pernah nampak lagi. Rupa-rupanya mmg besar. 2 ekor pula tu, kat dalam jug siap berenang2 dgn sukanya, hidup lagi. Huhuhu. Ni semua sbb baki air yg Fini buat tu, takda org tolong buangkan. Mcm selalu la, walaupun dah takde air, jug tu akan terbiar sampaila, esoknya Fini basuh & buat semula air. Fini selalu balik awal, sbb ikut timing bus, ada lagi air, Fini tak buang sbb Fini fikir kot ada org nak minum.
Pagi tu, got class, takde la nk layan cicak tu. Habis kelas, tgok2 ada lagi...sume tak berani nak buangkan sbb dia bergerak2, takut melompat je, kang..terhempas pula. Tapi bila tgok mcm tu, Fini tau nti akan mcm tu juga la. Bincang ngan Ustazah Azhana, she gave me an idea. Tutupkan jug ngan benda, then masukkan dlm sinki. Telungkupkan ngan senduk dr jarak jauh. "Zass...yeay, kami terlepas", jerit cicak2 keriangan. Hahaha, Fini dh citer kat Ina...ritu. Yerk, geli je kan.
Erm, sebenarnya nk citer pasal rini...disebabkan peminumnya dh kembali bertugas. Dia sound la, kalau sebulan dapur ditutup, dia fahamla, skang kan dah bukan bulan pose, nape tak da air cam biasa. Huhuhu, sejak peristiwa Khamis tu...Jumaat tu kan jamuan raya..jd jug tu tak digunakan. Geli la, nak beli jug lain, Fini terlupa pula. Then td mmg tak wat air sbb jug lain takde + pose rini. Ustazah Azhana jawabkan, sbb kot2 ada org pose 6. "Alamak, pose 6, pose?" Huhuhu, baru Fini teringat yg arini Fini pose, tp tadi? Hehehe, td Sir Nazri bawa kek coklat, sedap tau? Camne Fini tau sedap? Sbb Fini makan sepotong? Nape Fini makan? Huhuhu, Fini tak ingat pun Fini pose rini. Tu sebab bila Ustazah sebut tu, Fini jerit...(jerit kecik je la) "Fini pose". Kan dah kantoi...td masa makan kek tu ngan Cikgu Zaini & Teacher Asma. Huhuhu, apa lagi Cikgu Azhar pakat gelak la, sbb pertanyaan dia td, Ustazah jwb tp terkena kat Fini. Ingatkan abis kat situ ja. Masuk kelas, jaga periksa, then masuk BG, sume pakat pelawa makan kek pdhal tau Fini pose. =( Saje nk kenakan org. Huhuhu. Malunya...tp Fini tak sengaja. Yg ada masa kejadian sket ja, tp skang sume dh tau. Pulak tu, Sir Mizan yg sokmo bertapa dlm lab comp, naik BG td pun sempat berseloroh, "Sedap ke kek tadi?" Sokmo gini. Mesti ada yg pi khabarkan tu. Grr...geram. Ritu pun sama, masa dak Fikri muntah, masa kejadian berapa org je tau, tetiba..jumpa Fini..senyum2 sebut pasal benda yg dh berlaku. Tapi, nape time Fini ja, time org lain, diam je diorang. Selalu Fini yg blur bila diorang ngusik org lain, Fini tau pun kena tanya. Tak aci la. Kadang2 Fini spoil je bila diorang nk kenakan org lain, sbb Fini tatau apa yg dh berlaku, tgh2 diorang gelak, Fini tanya kenapa? Blur sgt ke? =( Nasibla. Masa kat office dulu pun gitu, tp la ni pun sama, cuma tak seteruk dipermainkan mcm dulu je.
Tu la citer pose tp makan. Apapun puasa terus puasa, agaknya sbb baru nk mula mengganti, semalam pula dok makan sakan, tu yg terlupa tu. Hehehe.
Erm, nak citer satu lagi perkara...Fini punya instinct, ada org tipu Fini. Fini nak tunggu dia mengaku, takkan punya la. Kita tengok rentak dia, sejauh mana dia boleh pergi. Tak baik tau tipu org. Fini dpt rs, sbb memula tu she seems very naive (ke Fini yg naive sbb Fini yg kena tipu ni..huhuhu). Fini tak kisah sbb permulaan dia nampak baik, nak tanya2 apa yg boleh ditanya, tp bila 2/3 kali, rs cam lain macam je si F ni. Persoalan demi persoalan yang menyesakkan Fini. Mcm biasa, siapa ajukan soalan begini..Fini diam atau Fini cakap betul2 tak selesa/suka. Okla, minta maaf. Tapi lagi satu Fini tak suka org desak2 Fini. If she really rs nk bkwn ngan Fini, jd la mcm org lain, setiap org perlukan ruang masa utk diri sendiri n org lain jg. Erm, tak faham Fini. Kalau berterusan mcm ni, I need to do something. Firm but polite. Kot2 she tu betul she. Kalau she tu adalah he. Siapla. Ke Fini yg kena tukar my id. Ish, tak sukanya. Tu sbb kalau org PM me, Fini akan tnya dpt dr mana my id, sbb setahu Fini, Fini tak masuk mana2 room chatters dah. She answered got from a fren, tp tak mau bgtau sape...ok takpe, Fini ckp asalkan berniat baik, Fini tak kisah. Tapi, apa dh jadi sekarang? Ni belum lagi sampai tahapnya, Fini nak tengok sejauh mana dia nak main permainan ni (kalau iye la dia tipu). Ke Fini kena just ignore and just tukar my id? Tapikan Fini qoute kata2 my fren ni. (erm, nape bnyk renungan my fren lately ni?; sowi iklan kejap)
"kita jangan korbankan keselesaaan kita kerana orang lain"
Dah tu, takkan Fini nak kena tukar id, dan bgtau kwn2 semata2 nak elakkan dia ni? Ish, letihla, nape la ada org yg macam ni. Kita tngok dulu, tp nk jd Detective Conan la...nak siasat dulu seblum serkap jarang, kang tak baik. Kalau sungguh, siap la my lecture to she/he.










No comments:
Post a Comment